
MATA AYER, 15 September – Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan esok, lebih 350 peserta memeriahkan Program Jiwa Komuniti MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Kayaman di sini.
- Program menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengeratkan hubungan masyarakat.
- Pendekatan akar umbi membantu memahami realiti setempat serta selari dengan saranan kerajaan memperkasa komuniti.
- Melibatkan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan aktiviti seperti pertandingan baju etnik, gubahan kanak-kanak, serta nyanyian patriotik.
Menurut kenyataan Pengerusi Komuniti Madani Tok Kayaman, Hazimudin Abdul Halim, program dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengeratkan lagi hubungan masyarakat.
“Inisiatif melaksanakan program tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku di peringkat dasar akar umbi komuniti.
“Pendekatan ini juga selari dengan saranan kerajaan untuk memperkasa komuniti serta menjadi penghubung komunikasi antara kerajaan dan masyarakat,” katanya.
Beliau memaklumkannya pada Program Jiwa Komuniti MADANI berkenaan yang turut melibatkan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis.
Pelbagai aktiviti juga berlangsung seperti pertandingan baju etnik, pertandingan gubahan kanak-kanak dan pertandingan nyanyian lagu patriotik.