Tabung Kasih@HAWANA bantu 845 warga media sejak 2023

Datuk Seri Fahmi Fadzil/ BERNAMA

KUCHING, 15 September – Lebih RM2.48 juta telah disalurkan dan memberi manfaat kepada 845 warga media di seluruh negara menerusi Tabung Kasih@HAWANA sejak dilancarkan pada 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bagi tahun ini, 239 warga media menerima bantuan berjumlah RM729,300.
  • Sebanyak RM172,000 disalur kepada 58 penerima.
  • Di Sabah, 33 warga media menerima peruntukan sebanyak RM96,000.
  • Telekom Malaysia menyumbang RM234,100 kepada 76 pengamal media.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bagi tahun ini, seramai 239 warga media menerima inisiatif berkenaan membabitkan penyaluran bantuan berjumlah RM729,300.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM172,000 disalur kepada 58 penerima, manakala di Sabah melibatkan 33 warga media dengan peruntukan RM96,000.

Selain itu, menerusi peruntukan Telekom Malaysia (TM) sebanyak RM234,100 disampaikan kepada 76 pengamal media.

“Kami di Kementerian Komunikasi bersama rakan-rakan media sentiasa komited untuk menyantuni, memahami dan membantu rakan-rakan yang bertugas, termasuk mereka yang ditimpa kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bertemu dan menyampaikan Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM kepada jurufoto sebuah akhbar tempatan, Chimon Upon, di kediamannya di Tabuan Dayak, di sini.

Pada 25 Ogos lalu, kediaman Chimon rosak selepas dihempap bumbung bangunan bersebelahan yang sedang dalam pembinaan ketika hujan lebat dan angin kencang melanda.

“Terima kasih juga kepada Datuk Seri Fahmi atas sumbangan yang telah diberikan. Saya turut terharu kerana kita sebagai pengamal media perlu saling menjaga antara satu sama lain. Itulah sebenarnya moto HAWANA untuk kita sebagai pengamal media,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.