fb fb fb fb fb

Banjir Perlis: Satu PPS dibuka

FOTO HIASAN

PADANG BESAR, 14 November - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Titi Tinggi Hilir berikutan banjir yang melanda Kampung Titi Tinggi Hilir.

PPS berkenaan mula beroperasi pukul 1.00 pagi tadi dan hingga 8.00 pagi ini menempatkan 44 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 13 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud memaklumkan, mereka terdiri daripada 14 lelaki dewasa, 19 wanita dewasa, seorang warga emas, sembilan kanak-kanak serta  seorang bayi.

Pihaknya telah menggerakkan 30 pegawai dan anggota agensi bawah Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan bersiap siaga untuk memindahkan penduduk sekiranya perlu, berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

TETITIA YUSOFF