Banjir di Kedah, sebuah PPS di Bandar Baharu di buka

12 keluarga dari Kampung Sungai Tengas terjejas banjir/Foto Bernama

BANDAR BAHARU, 9 Mei – Satu Pusat Pemindahan Sementara PPS dibuka di Dewan KEDA Kampung Sungai Tengas menempatkan 12 buah keluarga yang terjejas banjir, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat berterusan melebihi dua jam menyebabkan paras Sungai Tengas melimpah.
  • Kampung terjejas termasuk Kampung Sungai Itam Dalam, Kampung Cherok Meranti, Kampung Paya Salak dan Kampung Batu Hampar.
  • Paras air Sungai Tengas masih menunjukkan peningkatan dan situasi dipantau secara berterusan.
  • Kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khair.

Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khair menerusi satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berterusan melebihi dua jam menyebabkan paras air sungai Tengas melimpah.

Katanya, selain Kampung Sungai Tengas, turut terjejas Kampung Sungai Itam Dalam, Kampung Cherok Meranti, Kampung Paya Salak dan Kampung Batu Hampar.

Paras air sungai Tengas masih menunjukkan peningkatan dan pemantauan berterusan masih dilakukan oleh pihak berkuasa.