fb fb fb fb fb

Angkasapuri Kota Media simbolik kejayaan kerjasama strategik awam, swasta

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kompleks Angkasapuri Kota Media menjadi simbolik kejayaan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mewakili pembaharuan dan sudut pandang baharu RTM iaitu menggerakkan kerjasama ke arah komersial.

"Simbol ini meletakkan RTM yang baharu pada kedudukan lebih mantap melalui perubahan imej fizikal yang drastik supaya sentiasa kelihatan segar, moden dan dinamik.

Kesemua ini dapat memberi pertimbangan kepada mewujudkan sebuah Dasar Penyiaran Negara yang baharu di mana ia boleh berasaskan dua perkara penting iaitu Keluarga Malaysia dan inklusiviti," katanya ketika berucap merasmikan kompleks tersebut di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Tambah beliau, ia boleh digarap menjadi sebuah model penerbitan kandungan kebangsaan seperti dipelopori badan penyiaran antarabangsa.

Perdana Menteri mengambil contoh Hollywood di Amerika Syarikat, British Broadcasting Corporation (BBC) di Eropah serta industri kandungan di Jepun dan Korea yang berpaksi kepada kebudayaan dan gaya hidup tempatan dengan nilai kebersamaan yang universal.

Media Baharu