Banjir di Melaka pulih, dua PPS di tutup

MELAKA, 26 Oktober – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Gadek di Alor Gajah yang menempatkan mangsa banjir di negeri ini ditutup kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

(FOTO FAIL)

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan seramai 36 mangsa dari dua PPS yang ditempatkan hingga pukul 8 pagi tadi telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua mereka yang ditempatkan di PPS sebelum ini ialah penduduk dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.