
RIO DE JANEIRO, 25 Ogos- Agensi Perlindungan Data Kebangsaan Brazil (ANPD) mengenakan denda hampir AS$30 juta terhadap TikTok kerana “ketidakaturan dalam pemprosesan data milik kanak-kanak dan remaja”, menurut agensi itu pada Selasa.
- ANPD mengarah ByteDance memadamkan data kanak-kanak yang dikumpul secara melanggar peraturan
- TikTok komited melaksanakan pelan pematuhan untuk meningkatkan perlindungan kanak-kanak dan remaja
- Sebelum ini ANPD mengarahkan penggantungan Discord selepas dakwaan seorang remaja digalakkan membunuh diri semasa siaran langsung
ANPD berkata denda berjumlah 153.7 juta real (AS$29.9 juta) itu turut disertai arahan kepada syarikat induk TikTok, ByteDance supaya memadamkan data yang dikumpulkan dengan melanggar peraturan.
TikTok komited untuk melaksanakan pelan pematuhan bagi meningkatkan perlindungan kanak-kanak dan remaja, menurut ANPD.
Awal bulan ini, ANPD turut mengarahkan penggantungan platform penstriman popular Discord selepas seorang remaja perempuan didakwa digalakkan untuk mengambil nyawanya sendiri ketika satu siaran langsung. -AFP