Transit kapal melalui Selat Hormuz mesti kekal bebas cukai – EU

Kapal Jag Vasant milik kerajaan India memindahkan LPG di Mumbai selepas melalui Selat Hormuz / Foto REUTERS

LUXEMBOURG, 22 April – Kesatuan Eropah (EU) menegaskan laluan perdagangan melalui Selat Hormuz mesti kekal bebas cukai dan tidak boleh diganggu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kaja Kallas berkata perubahan mendadak membuka atau menutup laluan adalah tidak bertanggungjawab.
  • EU akan memainkan peranan memulihkan aliran bebas tenaga dan perdagangan global sebaik keadaan mengizinkan.
  • EU akan memperkukuh misi tentera laut di Asia Barat untuk melindungi kapal dagang di rantau tersebut.

Ketua dasar luar EU Kaja Kallas berkata, sebarang perubahan melibatkan keputusan mendadak sama ada laluan dibuka atau ditutup adalah tidak bertanggungjawab.

Katanya, EU akan memainkan peranan memulihkan aliran bebas tenaga dan perdagangan global sebaik keadaan mengizinkan.

Dalam masa sama, Kallas memaklumkan EU akan memperkukuh misi tentera lautnya di Asia Barat bagi melindungi kapal dagang di rantau tersebut.

Iran menutup Selat Hormuz susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas negara itu bermula 28 Februari lalu.

Tindakan itu menjejaskan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair dunia. – REUTERS