PULAU PINANG, 16 November- Jenazah Allahyarham Suhaili Mat Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah bersebelahan pusara arwah bapanya.
Allahyarham Suhaili bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang lemas bersama-sama dua lagi rakan sekerjanya Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 tahun dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29 tahun ketika melakukan aktiviti berakit di Sungai Jahang, Gopeng semalam.
Menurut adiknya Ruhaili Mat Isa, kakaknya itu sangat teruja untuk menghadiri program pengukuhan pasukan itu.
Ruhaili turut memaklumkan kakaknya itu ada menghantar gambar berlatarbelakangkan sungai namun keluarga tidak menyangka apa-apa.
Lebih 100 individu terdiri daripada kakitangan JKR, ahli keluarga dan penduduk kampung hadir pada pengebumian berkenaan.
Dalam kejadian petang semalam, Suhaili bersama dua lagi rakan sekerjanya Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Muhammad Ikram Abdul Bari yang bertugas di JKR Langkawi meninggal dunia akibat lemas ketika melakukan aktiviti berakit air.
BERITA BERKAITAN: