fb fb fb fb fb

Ahli politik perlu main peranan, tingkat perpaduan rakyat

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

KEPALA BATAS, 9 Mac- Ahli politik digesa memainkan peranan dalam memelihara aspek keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ukhuwah sesama rakyat akan terhakis sekiranya pemimpin politik tidak menghiraukan soal perpaduan.

Tambah Aaron, ahli politik tidak seharusnya hanya mementingkan pengundi di kawasan sendiri sahaja sebaiknya, seluruh rakyat Malaysia.

"Ahli politik ini ada objektif tersendiri. Ia disebabkan mereka nak meraih undi dan dia lebih cenderung untuk jaga pengundi-pengundi ini."

"Sebaiknya, bergelar pemimpin, kita jaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia," kata Aaron kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini.

Menurut Datuk Aaron, indeks perpaduan menunjukkan peningkatan positif dalam aspek perpaduan dan keharmonian dalam negara iaitu 0.6 % hingga 9%.

Indikasi itu menyatakan dengan jelas bahawa rakyat amat mementingkan soal perpaduan dan hanya segelintir pemimpin parti politik yang tidak arif dalam aspek keharmonian.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM