Lima cedera dalam kejadian tembakan di Universiti Negeri Virginia

Foto REUTERS

VIRGINIA, 15 Ogos – Lima orang cedera dengan seorang daripadanya dalam keadaan kritikal dalam kejadian tembakan di Universiti Negeri Virginia (VSU), pada awal pagi Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis bertindak balas terhadap insiden kira-kira pukul 1.28 pagi.
  • Mangsa ditemui mengalami kecederaan akibat tembakan di luar sebuah asrama kediaman universiti.
  • Perintah sekatan kampus dikenakan kemudian ditarik balik; siasatan dan pengejaran beberapa suspek dijalankan.

Universiti itu menerusi hantaran di platform X memaklumkan, polis bertindak balas terhadap insiden berkenaan kira-kira pukul 1.28 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota polis menemukan lima mangsa yang mengalami kecederaan akibat tembakan di luar sebuah asrama kediaman universiti berkenaan,” menurut universiti tersebut.

Susulan kejadian itu, pihak universiti mengenakan perintah sekatan kampus sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun, perintah berkenaan kemudiannya ditarik balik.

VSU memaklumkan siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Menurut ABC News yang memetik polis Chesterfield, pihak berkuasa kini memburu beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.