7 cedera dalam kemalangan dua bas persiaran, SUV

JBPM Pahang

BENTONG, 30 Mei – Tujuh individu cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 15 Jalan Turun Genting Highlands-Genting Sempah, di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.29 petang.
  • Sebuah bas terbalik, enam warga Nepal dan seorang tempatan cedera; semua mangsa keluar sebelum penyelamat tiba.
  • Mangsa diberi bantuan awal, diserahkan kepada KKM untuk rawatan, anggota bomba membersihkan tumpahan minyak; operasi tamat 8.01 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.29 petang.

“Sebuah bas yang membawa 37 penumpang terbalik mengakibatkan enam warga Nepal cedera, manakala seorang daripada tiga rakyat tempatan dalam kereta SUV turut cedera.

“Sebuah lagi bas yang membawa 34 penumpang tidak mengalami kecederaan. Semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” menurut kenyataan itu.

Mangsa cedera diberi bantuan awal sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut. Selain operasi menyelamat, anggota bomba turut menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands serta beberapa agensi lain itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.01 malam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.