fb fb fb fb fb

569 anggota polis ditugaskan sepanjang AMMTC di Melaka

Foto hiasan/Arkib BERNAMA.

MELAKA, 6 September - Seramai 569 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC), yang akan berlangsung di Melaka dari 8 hingga 12 September ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga sepanjang penganjuran mesyuarat tersebut bagi menjamin keselamatan delegasi dan orang awam.

Beliau menegaskan, tiada penutupan jalan utama dilakukan sepanjang tempoh mesyuarat berlangsung.

TUN JULIA MOHD TAHIR