fb fb fb fb fb

300 pokok bakau ditanam, beri kesedaran kepentingan ekosistem

Program Penanaman Bakau dan Pembersihan Sisa Plastik di Pulau Tuba, Langkawi / Foto RTM

LANGKAWI, 20 Oktober - Sebanyak 300 anak pokok bakau ditanam pada program Penanaman Bakau dan Pembersihan Sisa Plastik di Pulau Tuba, Langkawi.

Program diadakan bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024.

90 orang peserta terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah dan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Malaysia, Indah Water Konsortium (IWK), E-Idaman, Agensi Swasta dan penduduk tempatan.
 
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, usaha itu bertujuan untuk menambah populasi paya bakau, disamping memberi kesedaran tentang kepentingan ekosistem bakau.   
 
Ini kerana hutan paya bakau memainkan peranan penting dalam menjaga kawasan pesisir pantai.
 
Ia bukan sahaja berfungsi sebagai benteng melindungi kawasan daratan daripada hakisan, tetapi juga menyediakan habitat dan nurseri bagi pelbagai spesies hidupan marin.
 
Selain itu, program pembersihan kawasan turut dijalankan sepanjang pesisir pantai dan paya bakau bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif plastik terhadap alam sekitar.
                                                  
Sharifah Zakiah berkata demikian selepas meramikan program tersebut di Selat Bagan Nyior, Pulau Tuba, Langkawi.

 

Trainee2