JOHOR BAHRU, 20 Mac- Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan banjir di tiga daerah di Johor dengan 753 penduduk terjejas dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara PPS setakat pukul 4 pagi tadi.
Daerah terjejas membabitkn Johor Bahru, Pontian dan Kulai.
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 461 penduduk ditempatkan di enam PPS di Johor Bahru sejak semalam.
Manakala 235 lagi penduduk di 2 PPS di daerah Kulai sementara di Pontian, 57 penduduk berlindung di dua PPS.
Dua sungai di Johor Bahru dan satu di Kulai menunjukkan bacaan paras bahaya sehingga awal pagi tadi.
Ketika ini, beberapa kawasan masih dilanda hujan termasuk di Johor Bahru.