Pegawai PASKAL cemerlang di China, Sultan Selangor zahir tahniah

Foto FB Selangor Royal Office

SHAH ALAM, 13 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada seorang pegawai Pasukan Khas Laut TLDM (PASKAL) atas pencapaian cemerlang selepas dinobatkan sebagai penuntut terbaik keseluruhan Kursus ‘Sniper Infantry’ di Shijiazhuang Campus, PLA Infantry Academy, Hebei, China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kursus berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Julai 2026.
  • Pegawai dianugerahkan Excellent Student Awards, Certificate of Honors Excellent Cadre dan Silver Badge Medals.
  • Kejayaan dicapai antara 131 penuntut dari lebih 24 negara, menunjukkan tahap kecemerlangan antarabangsa.
  • Sultan zahirkan tahniah kepada Panglima TL dan warga PASKAL serta harap pencapaian mengharumkan nama Malaysia.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Sultan Selangor hari ini, kursus berkenaan berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Julai 2026.

Baginda menzahirkan rasa bangga apabila pegawai berkenaan dinobatkan sebagai penuntut terbaik keseluruhan Kursus Sniper 2026 dan dianugerahkan ‘Excellent Student Awards’.

Selain itu, pegawai berkenaan turut menerima ‘Certificate of Honors – Excellent Cadre’ serta ‘Silver Badge Medals’ berdasarkan pencapaian dalam penilaian kursus.

Kejayaan tersebut amat membanggakan memandangkan ia dicapai daripada keseluruhan 131 penuntut dari lebih 24 negara yang menyertai kursus berkenaan.

“Pencapaian terbaik daripada 131 penuntut dari lebih 24 negara merupakan suatu perkara yang harus dibanggakan dan akan menjadi contoh kepada pegawai dan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang lain agar berusaha lebih gigih dalam mengharumkan nama pasukan dan negara,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain serta seluruh warga PASKAL dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas kejayaan tersebut.

Baginda menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.