Enam anggota PASKAL selamat di perairan Laut China Selatan

Foto FB TLDM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemukan selamat selepas tersasar daripada lokasi pendaratan ketika menjalani latihan penerjunan bebas di perairan Laut China Selatan, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua anggota ditemukan oleh kapal TLDM selepas terapung di perairan.
  • TLDM memaklumkan perubahan cuaca tiba-tiba menjejaskan jarak penglihatan penerjun sebagai punca kejadian.
  • Latihan berterusan dan realistik membuktikan kesiapsiagaan menghadapi situasi luar jangka.
  • Latihan intensif memupuk ketahanan, disiplin dan keupayaan ikhtiar hidup; TLDM menekankan keseimbangan kesiapsiagaan tempur dan keselamatan.

Kesemua anggota pasukan elit itu ditemukan oleh kapal TLDM selepas terapung di perairan berkenaan.

Menurut TLDM menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, kegagalan mendarat di lokasi yang ditetapkan berpunca daripada perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan jarak penglihatan penerjun.

“Ini membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik PASKAL dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.

“Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti memupuk ketahanan diri yang tinggi, disiplin serta keupayaan ikhtiar hidup dalam situasi ekstrem selaras dengan slogan ‘Sentiasa yang Terbaik’,” menurut kenyataan itu.

TLDM menegaskan pihaknya terus memastikan keseimbangan antara aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota, dalam usaha memastikan kedaulatan serta keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.