Pengawasan SC pastikan pengurusan TH lebih telus dan berintegriti

Foto Lembaga Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Langkah meletakkan pengurusan dana dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah langkah tepat dalam mewujudkan mekanisme semak dan imbang bagi memastikan dana pendeposit diurus secara lebih telus, profesional dan berintegriti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengawasan SC memperkukuh pemantauan risiko, ketelusan pelaporan aset dan pengurusan konflik kepentingan.
  • Peranan pengurusan profesional, lembaga pengarah, jawatankuasa pelaburan dan audit perlu selari sebagai lapisan kawalan.
  • Pengawasan tidak jamin keuntungan tetapi meningkatkan kawalan risiko yang diukur, dipantau dan dipertanggungjawabkan.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Abdul Rahim Ridzuan berkata pengawasan SC mampu memperkukuh aspek pemantauan risiko, ketelusan pelaporan aset serta pengurusan konflik kepentingan sekali gus berupaya membina semula keyakinan pendeposit terhadap pengurusan dana TH.

” Ini bermakna kita bukan sahaja melihat sama ada sesuatu pelaburan itu memberikan keuntungan tetapi juga sama ada risiko tersebut dikenal pasti dan diurus dengan baik.

“Namun, SC bukanlah satu-satunya lapisan kawalan. Ia perlu bergerak secara bersama dengan lembaga pengarah, pengurusan profesional, jawatankuasa pelaburan, audit dan juga pengurusan risiko Tabung Haji itu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya meskipun pengawasan SC mungkin tidak menjamin setiap pelaburan akan memberi keuntungan namun, meningkatkan kawalan pengurusan risiko yang diambil secara sedar, diukur, dipantau dan dipertanggungjawabkan.

“Itulah fungsi sebenar semak dan imbang dalam melindungi dana pendeposit Tabung Haji,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.