
KUALA LUMPUR, 13 Ogos- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda Mindanao, Filipina pada 5:23 petang ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 6.1 darjah Utara, 125.9 darjah Timur, kira-kira 97 kilometer tenggara Digos City.
- Gempa berlaku pada kedalaman 67 kilometer.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 125.9 darjah Timur, kira-kira 97 kilometer tenggara dari Digos City, Filipina.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 67 kilometer.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.