1,369 pelatih PLKN 3.0 tamat latihan

Foto BERNAMA

PEKAN, 8 Jun – Seramai 1,369 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 berjaya menamatkan latihan di tiga kem utama hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program berlangsung 45 hari bermula 25 April melibatkan tiga kem utama di Pekan, Kuala Lumpur dan Port Dickson.
  • Pembahagian pelatih: 531 lelaki di Pekan, 245 wanita di Kuala Lumpur, 593 di Negeri Sembilan.
  • JLKN terus menjadi peneraju pembangunan modal insan dan ejen penyatuan masyarakat.
  • Penekanan terhadap kepimpinan, disiplin dan semangat patriotisme bagi memperkukuh jati diri generasi muda.

Program yang berlangsung selama 45 hari bermula 25 April lepas melibatkan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW) di sini, Kem Rejimen 515 AW Kuala Lumpur dan Kem Malbatt Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar berkata,seramai 531 merupakan pelatih lelaki di Pekan, 245 pelatih wanita di Kuala Lumpur, manakala di Negeri Sembilan melibatkan 593 pelatih.

Beliau berkata, JLKN akan terus memainkan peranan sebagai peneraju pembangunan modal insan dan ejen penyatuan masyarakat melalui penerapan nilai kepimpinan, disiplin serta semangat patriotisme dalam kalangan belia.

“Fokus utama JLKN kini bukan sekadar menjalankan latihan, malah menjadi platform penting dalam membentuk integrasi nasional dan memperkukuh jati diri generasi muda,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLKN 3.0 Siri 2/2026 di Kem Rejimen 505 AW di sini.

PLKN 3.0 Siri 3/2026 pula dijadual pada 11 Julai hingga 24 Ogos depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.