10,000 Jalur Gemilang semarak Bulan Kebangsaan di Kepala Batas

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican / Foto RTM

KEPALA BATAS, 23 Ogos – Sebanyak 10,000 Jalur Gemilang akan menghiasi kawasan Penaga, Pinang Tunggal dan Bertam di bawah Parlimen Kepala Batas sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.
  • Jalur Gemilang dianggap lambang penyatuan, kebanggaan dan maruah negara, menurut Datuk Seri Reezal Merican.
  • Bendera dipasang di premis perniagaan, rumah, masjid, sekolah dan kawasan awam; penglibatan pemimpin masyarakat, NGO dan orang perseorangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.

“Biarlah kalau nak cari apa yang menjadi titik pertemuan, penyatuan hati dan nurani warga dan keluarga besar, waktu kita meraikan kemerdekaan tentulah bendera itu sebagai salah satu lambang penyatuan kita semua.

“Lambang kebanggaan kita dan lambang yang membawa maruah kita,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Program Semarak Kibarkan Jalur Gemilang Parlimen Kepala Batas.

Jalur Gemilang itu akan dipasang di premis perniagaan, rumah, masjid, sekolah dan kawasan awam dengan kira-kira 1,000 peserta konvoi motosikal mula memasang bendera tersebut hari ini.

Inisiatif tersebut digerakkan menerusi penglibatan pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.