
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Tanah pajakan seluas 100 ekar di Bukit Kiara akan diwartakan sebagai Taman Persekutuan bagi kegunaan awam, sekali gus memperluas kawasan rekreasi dan ruang hijau di ibu negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- DBKL akan membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer, menghubungkan mercu tanda utama seperti Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.
- Laluan berbumbung turut dibina dari kediaman rakyat ke premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan awam.
- Dua bangunan milik DBKL di Anjung Kelana, Taman Desa dan Pasar Sementara Cheras akan dinaiktaraf menjadi pusat harian warga emas.
Ujar beliau, dalam usaha meningkatkan kemudahan buat penduduk dan pengunjung, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula akan membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer yang menghubungkan mercu tanda utama seperti Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.
“DBKL akan membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 22 kilometer menghubungkan mercu tanda seperti Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.
“Laluan berbumbung turut dibina dari kediaman rakyat ke premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan awam,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Perkhidmatan kenderaan buggy turut disediakan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung, khususnya warga emas yang mengunjungi lokasi tumpuan seperti Tugu Negara, Taman Botani dan Carcosa Seri Negara.
Selain itu, dua bangunan milik DBKL di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa dan Pasar Sementara Cheras akan dinaik taraf menjadi pusat harian warga emas.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluas ruang hijau, meningkatkan akses kepada kemudahan awam serta menyediakan persekitaran bandar yang lebih mesra kepada penduduk, termasuk golongan warga emas.