fb fb fb fb fb

1,700 pelajar UUM terima PerantiSiswa

SINTOK,15 April- Seramai 1,700 mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima PerantiSiswa.
 
Ia inisiatif kerajaan menyediakan peranti kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kelompok keluarga B40, bagi memastikan proses pengajian mereka berjalan dengan lancar dan sempurna.
 
Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr Kamarul Azman Khamis berkata pemberian PerantiSiswa itu membolehkan pelajar mengikuti sesi pengajian dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
 
"Terima kasih diucapkan kepada perdana menteri dan menteri pengajian tinggi atas kecaknaan dan keprihatinan kepada pelajar ini.

"Ia diharap membantu melancarkan pembelajaran pelajar berkenaan.

"Pelajar diingatkan agar menggunakan peranti tersebut sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di sini.


(Pelajar diingatkan agar menggunakan peranti tersebut sebaik mungkin)

Media Baharu