PRN Melaka : 79 calon sah bertanding

Foto RTM

AYER KEROH, 31 Oktober – Seramai 79 calon daripada pelbagai parti politik disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang menyaksikan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdepan pertandingan satu lawan satu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua kertas penamaan calon disahkan sah tanpa sebarang penolakan oleh SPR.
  • Pembahagian calon: PH 24, BN 23, Parti Bersama 16, Bersatu 7, PN 5, Bumiputera Perkasa 1, Bebas 3.
  • SPR menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya untuk memantau pematuhan undang-undang pilihan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata kesemua 79 kertas penamaan calon yang diterima telah disahkan tanpa sebarang penolakan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) meletakkan 24 calon, Barisan Nasional (BN) (23), Parti Bersama (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (tujuh), Perikatan Nasional (PN) (lima), Parti Bumiputera Perkasa (satu) dan calon Bebas (tiga).

“Secara keseluruhan, PRN Melaka menyaksikan pertembungan satu lawan satu di 11 kawasan, pertembungan tiga penjuru juga di 11 kawasan, manakala enam kawasan menyaksikan pertandingan empat penjuru,” katanya pada sidang media sempena Hari Penamaan Calon PRN Melaka, hari ini.

Dalam perkembangan sama,beliau turut memaklumkan berkata SPR turut menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) bagi memantau aktiviti semua calon sepanjang tempoh berkempen.

Pasukan itu bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang pilihan raya yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.