SPR terima pemakluman pembubaran DUN N. Sembilan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) secara rasmi telah menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Datuk M K Ibrahim Abd Rahman berhubung dengan pembubaran Dewan Negeri yang ke-15 negeri itu bertarikh 5 Jun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fasal 56(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan menghendaki pilihan raya diadakan dalam 60 hari selepas pembubaran.
  • SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas untuk menetapkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri.
  • Menteri Besar mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri.
  • Pembubaran mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar dalam pertemuan di Istana Hinggap.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu termaktub bawah Fasal 56 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 2.

“Berdasarkan Fasal 56 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, berkehendakkan suatu pılihan raya umun Sadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Negeri tersebut.

“Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri, Negeri Sembilan akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan berkuat kuasa pada 5 Jun (Jumaat) bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri itu.

Keputusan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam pertemuan di Istana Hinggap pada 4 Jun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.