KINABATANGAN, 15 November – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag pada PRN Sabah Ke-17.
RINGKASAN BERITA AI
- Datuk Seri Bung Moktar Radin bertanding bagi kerusi DUN N.58 Lamag mewakili BN-UMNO.
- Persaingan enam penjuru termasuk calon GRS, PIS, Warisan, Bebas dan PN–Bersatu.
- Calon lawan utama: Johainizamshah (GRS), Salahuddin@Salehuddin (PIS), Mohd Saifullah (Warisan).
- Seramai 13,859 pengundi berdaftar dijangka mengundi di kawasan itu.
Kerusi N.58 itu menyaksikan Bung Moktar yang mewakili BN-UMNO dicabar calon GRS–Gagasan Rakyat, Johainizamshah Johari; calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi; calon Warisan, Mohd Saifullah Lokman; selain dua calon lain iaitu Mohd Ismail Ayob (Bebas) serta Mazlin Madali (PN–Bersatu).
Sebanyak 13,859 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.