
JOHOR BAHRU, 4 Mei – Lapan warga asing termasuk seorang kanak-kanak disyaki ahli sindiket judi dalam talian, dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam satu operasi di Puteri harbour, Iskandar Puteri, pada 29 April lalu.
- Sindiket dipercayai aktif kira-kira tiga bulan, mensasarkan pemain dari Thailand dan mampu memperoleh sehingga RM900,000 sebulan.
- Operasi dilakukan hasil risikan selama seminggu selepas menerima laporan daripada orang awam.
- Rampasan termasuk RM2,500 tunai, tujuh komputer, 34 telefon pintar dan sebuah mesin pencetak.
Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak warga China serta lima wanita Thailand berusia lingkungan tujuh hingga 38 tahun.
“risikan dijalankan selama seminggu selepas menerima laporan daripada orang awam.
“Sindiket dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dengan menyasarkan pemain dari Thailand. Sindiket dilaporkan mampu meraih keuntungan sehingga RM900,000 sebulan,” menurut kenyataan itu.
Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2,500, tujuh komputer, 34 telefon pintar serta sebuah mesin pencetak.
Operasi berkenaan dilakukan hasil risikan dijalankan selama seminggu selepas menerima laporan daripada orang awam. Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.