Sze Fei-Izzuddin, Arif-Roy King teruskan cabaran di Terbuka Singapura

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (kiri atas) dan Arif Junaidi-Yap Roy King (kanan bawah)/ BWF TV

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Arif Junaidi-Yap Roy King melangkah ke pusingan seterusnya Badminton Terbuka Singapura 2026 selepas mencatat kemenangan dalam aksi pusingan pertama hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sze Fei-Izzuddin menang susah payah 21-18, 10-21, 21-19 dalam 51 minit.
  • Arif Junaidi-Yap Roy King menang 21-12, 21-19 dalam 31 minit; rekod pertemuan kini 2-1.
  • Chia Weijie-Teo Ee Yi tewas 18-21, 19-21 kepada Liang Wei Keng-Wang Chang walau beri tentangan sengit.

Gandingan ranking kelapan dunia, Sze Fei-Izzuddin dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Chen Cheng Kuan-Liu Kuang Heng, 21-18, 10-21, 21-19 dalam tempoh 51 minit.

Sementara itu, Arif-Roy King menampilkan aksi meyakinkan apabila menundukkan pasangan Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami, 21-12, 21-19 dalam masa 31 minit.

Kemenangan tersebut turut memperbaiki rekod pertemuan Arif-Roy King kepada 2-1 ke atas pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, satu lagi pasangan negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi, gagal melangkah ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 18-21, 19-21 dalam aksi 33 minit.

Pasangan baharu itu tetap memberikan tentangan sengit sebelum akur dengan kelebihan lawan yang berada di ranking lebih tinggi dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.