2,000 anggota penguat kuasa JPJ bertugas seluruh negara menjelang Aidiladha

Foto Fail

KAJANG, 26 Mei Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggerakkan 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negara, minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bertujuan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan jalan raya sempena Aidiladha serta cuti persekolahan.
  • Operasi bersepadu melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tumpuan di kawasan tumpuan.
  • Tujuan bukan untuk mengeluarkan saman tetapi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati bagi mengurangkan kemalangan.
  • Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor Tukar Hak Milik (PPKM) dilancarkan, pemeriksaan berkala di terminal bas termasuk saringan pemandu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, langkah itu bagi meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan keselamatan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti persekolahan.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan tumpuan akan terarah di kawasan tumpuan.

“Tujuan utama kami bukanlah untuk mengeluarkan saman, sebaliknya mahu mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutamanya ketika melalui kawasan tumpuan. Langkah ini secara tidak langsung mampu memberi kesan psikologi kepada pemandu.”

“Kami berharap pendekatan ini dapat meningkatkan kewaspadaan mereka, sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Justeru, strategi yang sama akan terus digunapakai setiap kali menjelang musim perayaan, iaitu ketika pergerakan kenderaan berada pada tahap yang tinggi,” kata Anthony kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media selepas melancarkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) Tukar Hak Milik Persendirian (M.V.15) Carro Technology Sdn Bhd, di sini.

Pemeriksaan berkala akan dilaksana di terminal bas yang turut merangkumi saringan terhadap pemandu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.