
SUBANG JAYA, 26 Mei – Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas selepas dipercayai terjun ke dalam tasik sebuah universiti swasta, di sini hari ini.
- Penolong Pengarah JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.38 petang.
- Anggota bomba tiba sekitar sembilan minit selepas menerima panggilan.
- Komander operasi melaporkan saksi melihat seseorang sebelum anggota menemui mangsa tersangkut pada grappling iron.
- Identiti mangsa masih belum dikenal pasti; anggota menunggu ketibaan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 petang.
Beliau berkata, anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan saksi melihat seorang lelaki terjun ke dalam tasik sebelum mangsa ditemukan tersangkut pada ‘grappling iron’ oleh anggota bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenalpasti setakat ini selain anggota menunggu ketibaan pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan lanjut.