
TEHRAN, 27 Mei- Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa sebuah pesawat pejuang F-35 Amerika Syarikat dan sebuah dron MQ-9 telah ditembak jatuh dalam insiden ketegangan terbaharu di ruang udara negara itu.
- IRGC kata pesawat F-35 dikesan awal pagi Isnin, beredar selepas kesan ancaman, kemudian didakwa ditembak jatuh tanpa masa sebenar.
- Rakaman IRGC menunjukkan sistem pertahanan udara memintas sasaran, termasuk objek didakwa pesawat dan dron; tarikh dan lokasi tidak dapat disahkan.
- Dalam insiden berasingan malam sama, IRGC dakwa MQ-9 turut ditembak jatuh; Tentera AS belum memberi sebarang maklum balas.
Menurut IRGC, pesawat F-35 dikesan pada awal pagi Isnin sebelum beredar selepas mengesan ancaman, namun kemudian didakwa ditembak jatuh tanpa perincian masa sebenar kejadian.
IRGC berkata rakaman yang dikeluarkan menunjukkan detik sistem pertahanan udaranya memintas sasaran di ruang udara, termasuk objek yang didakwa sebagai pesawat dan dron, namun tarikh serta lokasi kejadian tidak dapat disahkan secara bebas.
Dalam insiden berasingan pada malam sama, sebuah dron MQ-9 turut didakwa ditembak jatuh.
Setakat ini, Amerika Syarikat belum memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan tersebut termasuk pengesahan kehilangan mana-mana aset udara. -Viory