
KUALA LUMPUR, 16 April – Sindiket dadah tempatan dan antarabangsa bernilai RM49.2 juta ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi empat operasi di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis.
- 205 individu ditahan termasuk 191 tokan dadah berumur 20 hingga 50 tahun.
- Rampasan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ganja dan vape cecair disyaki fentanyl sebanyak 0.8 liter.
- Fentanyl digelar "dadah zombi" lebih berbahaya berbanding morfin dan heroin, menurut JSJN.
- Pelbagai kenderaan, barang kemas dan tunai lebih RM3 juta disita; kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan, 205 individu termasuk 191 tokan dadah berusia 20 hingga 50 tahun diberkas.
Rampasan membabitkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ganja dan vape berisi cecair disyaki fentanyl sebanyak 0.8 liter.
“Cubaan membawa masuk dadah jenis fentanyl atau lebih dikenali ‘dadah zombi’ untuk dipasarkan ke dalam pasaran gelap tempatan. Dadah ini lebih berbahaya berbanding morfin dan heroin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini
Rampasan terbesar masing-masing menerusi Op Hemiptera bernilai RM31.57 juta, diikuti Op Conops RM13.68 juta dan Op Icerya RM3.05 juta, manakala Op Langka menyaksikan 191 tangkapan menerusi 231 serbuan.
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pelbaga jenis kenderaan, barang kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM3 juta turut disita.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkannya kepada JSJN melalui talian hotline 012-208 7222.