
BUKIT MERTAJAM, 15 Jun – 80,000 pengunjung disasarkan menghadiri sambutan Hari Belia Negara Peringkat Pulau Pinang, sepanjang tiga hari penganjuran.
RINGKASAN BERITA AI
- Program Hari Belia bertema Menggerak Belia MADANI memberi manfaat langsung kepada golongan sasar melalui pelbagai inisiatif.
- Kerjasama pelbagai jabatan dan agensi memastikan impak program serta memperkukuh agenda pembangunan belia negara.
- Golongan belia digalakkan memanfaatkan sambutan untuk memahami dan menyertai inisiatif kerajaan bagi peluang pembelajaran dan pembangunan.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari yakin sambutan yang mengangkat tema Menggerak Belia MADANI itu, memberi manfaat secara langsung kepada golongan sasar, menerusi pelbagai program.
“Penganjuran yang mendapat kerjasama pelbagai jabatan kerajaan serta agensi berupaya memberi impak kepada golongan sasar, selain memperkukuh agenda pembangunan belia negara.
“Saya juga yakin golongan belia mengambil peluang ini untuk lebih memahami inisiatif-insiatif yang disediakan kerajaan kepada mereka,”katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 di UITM Permatang Pauh.