Polis tahan 4 penghuni rumah anak yatim disyaki buli junior

Foto hiasan

TANJUNG KLING, 2 Mei -Empat remaja lelaki penghuni sebuah rumah anak yatim di sini ditahan kerana disyaki membuli seorang junior berusia 12 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa didakwa dipukul, ditendang, direndam kepala ke dalam baldi air serta diseret atas lantai tandas.
  • Penahanan dibuat kira-kira pukul 3.45 petang selepas laporan polis dibuat oleh ibu mangsa.
  • Suspek pelajar berusia 15 hingga 16 tahun tanpa rekod jenayah, saringan air kencing negatif; kes disiasat di bawah Seksyen 507B.

Penahanan dibuat kira-kira pukul 3.45 petang tadi selepas menerima laporan polis yang dibuat ibu mangsa semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, keempat-empat suspek berusia antara 15 hingga 16 tahun itu didakwa membuli mangsa dengan cara memukul, menendang, serta merendam kepala mangsa ke dalam baldi berisi air.

“Mereka juga didakwa bertindak menyeret mangsa atas lantai tandas,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek yang juga merupakan pelajar sekolah menengah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala saringan air kencing yang dijalankan juga didapati negatif.

Kes disiaat bawah seksyen 507B kanun keseksaan.