Pembukaan Selat Hormuz: Iran sifatkan maklum balas AS tidak lengkap

Esmaeil Baghaei, Jurucakap Kementerian Luar Iran

TEHRAN, 21 Oktober – Iran menyifatkan maklum balas Amerika Syarikat (AS) terhadap cadangannya bagi membuka semula Selat Hormuz sebagai tidak memadai dan tidak lengkap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tehran menyampaikan tujuh tuntutan kepada Washington menerusi Qatar sebagai orang tengah.
  • Tuntutan termasuk tamatkan sekatan laut AS, kelonggaran sekatan eksport minyak, pembebasan aset Iran dibekukan, dan gencatan senjata di rantau.
  • Iran tawarkan buka semula Selat Hormuz dalam tujuh hari, tetapi Presiden AS Donald Trump menolak cadangan itu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Tehran sudah menyampaikan tuntutannya kepada Washington menerusi Qatar sebagai orang tengah.

Beliau berkata, Iran mengemukakan tujuh tuntutan yang disifatkannya sebagai munasabah dan bukan sesuatu yang luar biasa.

Antara tuntutan itu termasuk penamatan sekatan laut Amerika Syarikat terhadap pelabuhan Iran, kelonggaran sekatan eksport minyak, pembebasan aset Iran yang dibekukan serta gencatan senjata di rantau berkenaan, termasuk di Lubnan.

Iran mengemukakan cadangan itu pada akhir September lalu, dengan menawarkan pembukaan semula Selat Hormuz dalam tempoh tujuh hari.

Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menolak cadangan berkenaan.

Sementara itu, Baghaei turut menyifatkan hubungan Iran dan Rusia sebagai sangat baik, susulan lawatan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Tehran bagi meneruskan rundingan antara kedua-dua negara. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.