Polis Melaka tahan tiga suspek, rampas dadah bernilai RM400,250.

CRISTOPHER (tengah) menunjukkan peket pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan

MELAKA, 2 Mac – Polis Melaka merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM400,250 dalam dua serbuan berasingan di Kota Syahbandar, Klebang dan Bandar Hilir pada 23 dan 25 Februari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan di Tengkera menahan dua warga Thailand, menjumpai syabu dan ketamin bernilai sekitar RM173,750.
  • Serbuan di Bandar Hilir menahan seorang lelaki, merampas MDMA cecair dan serbuk bernilai sekitar RM226,500.
  • Semua suspek positif methamphetamine, mempunyai rekod lampau, ditahan bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut ditahan dalam serbuan berkenaan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, serbuan pertama pada 23 Februari lalu di Syahbandar, Klebang, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga Thailand berusia 21 dan 18 tahun dalam sebuah kereta Myvi.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan berkenaan, pihaknya menjumpai tiga bungkusan plastik lutsinar yang berisi bahan disyaki dadah jenis syabu yang dianggar bernilai RM150,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, hari ini.

Tambah beliau, turut dijumpai satu bungkus plastik berisi 95 paket disyaki cecair ketamin dianggar bernilai RM23,750 menjadikan nilai keseluruhan rampasan pada serbuan berkenaan sebanyak RM173,750.

Hasil saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine serta ketamin dan hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Pada 25 Feb pada 2.30 petang JSJN IPK Melaka telah membuat 1 siri serbuan di sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka dan telah berjaya menahan satu lelaki tempatan berbangsa cina berumur 55 tahun di sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas 8.7 botol pelbagai jenis berserta 15 tin berisi cecair disyaki dadah jenis MDMA, anggaran isi padu 37,890mm yg dianggarkan bernilai RM35,700.

Turut dirampas 138 paket pelbagai jenis berisi serbuk disyaki dadah jenis MDMA dianggar bernilai RM190,800 menjadikan keseluruhan rampasan pada serbuan kedua sebanyak RM226,500 ringgit.

Jelasnya, hasil ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai satu rekod kesalahan lampau membabitkan dadah.

Kesemua suspek ditahan dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.