
JOHOR BAHRU, 4 Jun – Remaja lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan empat sekeluarga maut dalam nahas di Simpang Renggam, Kluang, ditahan semula untuk siasatan membunuh.
- Suspek, 19 tahun, direman dua hari bermula 2 Jun; reman disambung sehari lagi di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Sebelum ini suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.
- Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kluang esok bagi permohonan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Siasatan bawah Seksyen 42(1) diteruskan berdasarkan rakaman video tular menunjukkan pemanduan laju dan melulu.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh dalam kenyataan berkata, suspek berusia 19 tahun itu direman selama dua hari bermula 2 Jun sebelum tempoh reman disambung sehari lagi hari ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut beliau, suspek sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman dan akan dibawa ke Mahkamah Kluang esok bagi permohonan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut diteruskan berdasarkan rakaman video tular yang menunjukkan kenderaan berkenaan dipandu laju dan melulu.
Dalam nahas pada Isnin lalu di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut di lokasi kejadian.