Jabatan Peguam Negara dakwa individu pijak al-Quran, esok

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 2 Mac – Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa individu bernama Vikneswaran a/l Selvanathan yang tular di media sosial kerana memijak naskah al-Quran, di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jabatan Peguam Negara mendakwa Vikneswaran atas tindakan memijak naskah al-Quran mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
  • Pertuduhan tambahan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan hantaran di aplikasi Threads.
  • Perbicaraan ditetapkan esok, dengan hukuman maksimum termasuk penjara dan denda besar jika sabit kesalahan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, dua pertuduhan utama tersebut akan dikemukakan di mahkamah pada 3 Mac 2026 (esok).

“Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan tersebut.

Tindakan Vikneswaran dimuat naik dalam satu hantaran di aplikasi Threads yang kemudiannya mencetuskan kemarahan netizen serta laporan polis.