Kes tetak di pusat beli-belah: Polis tahan enam individu

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail / Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 2 Mac – Enam individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tetak di sebuah pusat beli belah di sini, Rabu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam individu, termasuk seorang wanita, ditahan berhubung kes tetak di pusat beli-belah.
  • Suspek berusia 23 hingga 38 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar Perak dan Pulau Pinang.
  • Pihak polis merampas sebuah motosikal, sebuah pacuan empat roda dan beberapa telefon bimbit.
  • Semua suspek negatif dadah tetapi mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah; kes disiasat bawah Seksyen 326.

Kesemua suspek berusia antara 23 hingga 38 tahun itu diberkas di beberapa lokasi sekitar Perak dan negeri berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memaklumkan pihaknya turut merampas sebuah motosikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan beberapa unit telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

“Bagaimanapun, keenam-enam mereka mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki.

Kejadian, berlaku di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Jalan Kelawai, George Town.