Pasangan kes kelakuan tidak senonoh dibebaskan, mahkamah kurangkan hukuman penjara

Mahkamah mengekalkan sabitan bersalah terhadap M. Jegathesan dan Halila

PULAU PINANG, 21 April – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membebaskan pasangan yang sebelum ini tular kerana berkelakuan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan Cina di Batu Gantung, bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara 12 bulan selepas membenarkan permohonan semakan hukuman pembelaan.
  • Mahkamah mengekalkan sabitan bersalah terhadap M. Jegathesan dan Halila Abu Bakar.
  • Hukuman digantikan dengan tempoh pemenjaraan bermula 23 Mac hingga hari ini; pembelaan berhujah hukuman asal terlalu berat.

Hakim Rofiah Mohamad memutuskan untuk mengetepikan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret sebelum ini selepas membenarkan permohonan semakan hukuman oleh pihak pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan sabitan bersalah terhadap M. Jegathesan dan Halila Abu Bakar.

Mahkamah menggantikan hukuman penjara setahun itu dengan tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkapan pada 23 Mac lalu sehingga hari ini.

Pihak pembelaan berhujah bahawa hukuman asal adalah terlalu berat bagi kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pasangan berkenaan dibebaskan hari ini selepas mahkamah berpuas hati tempoh tahanan yang telah dijalani adalah mencukupi sebagai hukuman.