Lima cedera dalam dua kemalangan di Sabah

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas jalan raya/Foto Bomba

KOTA KINABALU, 16 Ogos – Lima individu cedera selepas sebuah kereta terbabas di tepi jalan di Bongawan, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Sabah mengerahkan enam anggota BBP Kimanis selepas menerima panggilan kecemasan.
  • Mangsa kejadian pertama: dua lelaki (51, 23) dan tiga perempuan (49, 17, 11); seorang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan RTA.
  • Di Likas seorang lelaki 30 tahun tidak sedarkan diri selepas kereta merempuh bas persiaran; dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki berusia 51 dan 23 tahun serta tiga perempuan berusia 49, 17 dan 11 tahun.

“Seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat kemalangan (RTA), sebelum kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan  (KKM),” menurut kenyataan pada Ahad.

Lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh bas persiaran di Likas/Foto Bomba

Dalam kejadian berasingan di Likas awal pagi tadi, seorang lelaki berusia 30 tahun tidak sedarkan diri selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bas persiaran di hadapan Petronas Likas.

“Mangsa tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans KKM dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut,” tambah kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.