Lemas : SAR Mohd Ilham diperluas sejauh 10 kilometer

Operasi turut melibatkan PDRM dan penduduk kampung

GUA MUSANG, 21 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) individu dikhuatiri lemas semalam di Sungai Galas, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27 tahun disambung semula pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi SAR disambung semula pada pukul 7 pagi.
  • Julat pencarian diperluas sejauh 10 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
  • SAR dibantu lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan tiga anggota Unit Anjing Pengesan (K9).
  • Mangsa, 27 tahun, dikhuatiri lemas selepas bot terbalik ketika menyeberang ke kebunnya; operasi awal ditangguhkan kerana cuaca.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli memberitahu operasi yang disambung semula 7 pagi tadi diperluas sejauh 10 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“SAR dibantu lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta tiga anggota Unit Anjing Pengesan (K9).

“Selain JBPM, operasi turut melibatkan tujuh bot penduduk kampung dan polis,”katanya.

Dalam kejadian pukul 2.16 petang semalam, mangsa dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Galas ketika menyeberang sungai untuk ke kebunnya.

Operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan semalam, namun ditangguhkan akibat faktor cuaca.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.