Waris bayi ditinggalkan di ‘baby hatch’ di Bukit Gasing diminta tampil

Facebook: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling

PETALING JAYA, 21 Julai- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris terdekat kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di peti pelindung bayi atau ‘baby hatch’ milik Yayasan Orphancare, Bukit Gasing, di sini, pada 3 Jun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayi ditempatkan di bawah jagaan sementara OYLS selama dua bulan mengikut perintah Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 16 Julai.
  • JKM perlu mendapatkan maklumat ibu kandung atau waris terdekat untuk melengkapkan siasatan dan menyediakan Laporan Pelindung.
  • Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta hubungi PKMD Petaling di 03-7842 2584, 03-7842 2587 atau emel pkmd_petaling@jkm.gov.my.

Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD) Petaling, Farhana Zailani berkata bayi berkenaan yang berusia kira-kira dua bulan itu kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) selama dua bulan berdasarkan perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata, pihak jabatan perlu mendapatkan maklumat ibu kandung atau waris terdekat bagi melengkapkan siasatan serta penyediaan Laporan Pelindung berkaitan kes berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak JKM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris bayi perempuan ini untuk tampil membantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, PKMD Petaling di talian 03-7842 2584 atau 03-7842 2587 atau melalui emel pkmd_petaling@jkm.gov.my atau ukkpetaling@gmail.com.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.