KPDN Johor sita 10,000 liter diesel tanpa lesen bernilai lebih RM85,000

Foto KPDN Johor

JOHOR BAHRU, 2 Mei -Kira-kira 10,000 liter minyak diesel disita bersama beberapa peralatan lain, termasuk set pam bahan api serta dokumen urus niaga, dengan nilai keseluruhan rampasan melebihi RM85,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan dibuat selepas serbuan oleh KPDN Johor di sebuah premis perindustrian di Ulu Tiram.
  • Siasatan mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan dan beroperasi sebagai pemborong palsu.
  • Seorang lelaki lingkungan umur 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataannya berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya menyerbu sebuah premis perindustrian di Ulu Tiram.

Siasatan awal mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

“Premis itu berselindung di sebalik perniagaan sebagai pemborong minyak diesel dengan mendapatkan bekalan daripada syarikat pembekal.

“Ia kemudiannya dijual kepada syarikat pengangkutan tanpa lesen yang sah,” katanya.

Seorang lelaki lingkungan umur 60 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.