
PUTRAJAYA, 9 Januari – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan sebanyak 7,097 kes cubaan penyeludupan serta penyelewengan duti dan cukai kastam sepanjang tahun 2025.
- JKDM mematahkan 7,097 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai sepanjang 2025.
- Rampasan lima komoditi utama bernilai keseluruhan RM1.88 bilion.
- Nilai rampasan meningkat 15.33% atau RM250.71 juta berbanding 2024.
- Fokus 2025 pada kes berimpak tinggi dan kes berskala besar melibatkan kontena untuk maksima keberkesanan penguatkuasaan.
Rampasan itu melibatkan lima komoditi utama dadah, kenderaan, rokok, minuman keras serta mercun dan bunga apidengan nilai keseluruhan mencecah RM1.88 bilion.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, berkata Beliau berkata pencapaian itu merekodkan peningkatan ketara sebanyak 15.33 peratus atau RM250.71 juta berbanding nilai rampasan RM1.63 bilion yang dicatatkan pada tahun 2024.
Berdasarkan statistik, nilai rampasan paling tinggi direkodkan adalah bagi lain-lain komoditi termasuk daging dan ayam beku, tekstil, tayar, alat ganti kenderaan, alat telekomunikasi, mata wang dengan jumlah nilai rampasan RM556.30 juta.
Ia diikuti 2,472 kes rokok dengan nilai rampasan RM497.27 juta dan dadah bernilai RM490.75 juta dengan 734 kes.
Walaupun nilai rokok hampir setara dadah, jumlah kesnya adalah yang tertinggi antara semua komoditi.
“Bagi tahun 2025, JKDM akan meneruskan dan memperkukuh pelaksanaan pendekatan berasaskan outcome dengan memberi tumpuan kepada kes berimpak tinggi, khususnya kes berskala besar yang melibatkan kontena, bagi memaksimumkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan.
“Pendekatan berfokus ini bukan sahaja membolehkan JKDM melindungi dan memelihara hasil negara, malah mengekang aktiviti penyeludupan serta perdagangan haram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM, di sini, hari ini.
Menurutnya, prestasi itu mencerminkan keupayaan dan ketegasan JKDM dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan bagi melindungi hasil negara serta mengekang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan yang menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.