
KAJANG, 15 Oktober – Jabatan Penjara Malaysia meneliti dakwaan berhubung gangguan bekalan air, keadaan kemudahan kebersihan dan kualiti penyediaan makanan di Penjara Kajang.
- Langkah penambahbaikan segera akan diberi keutamaan untuk menangani sebarang kekurangan berkaitan kemudahan asas, kebersihan dan kebajikan penghuni.
- Jabatan menitikberatkan kebajikan, kesihatan, kebersihan dan keselamatan penghuni serta penyediaan keperluan asas mengikut peraturan dan prosedur berkuat kuasa.
- Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran.
- Rujuk saluran rasmi Jabatan Penjara Malaysia untuk maklumat sahih, tuntutan oleh Lawyers for Liberty turut dilaporkan.
Jabatan itu menerusi kenyataan memaklumkan, langkah penambahbaikan segera akan diberi keutamaan untuk menangani sebarang kekurangan yang dikenal pasti khususnya berkaitan kemudahan asas, kebersihan dan kebajikan penghuni.
“Jabatan ini sentiasa menitikberatkan spek kebajikan, kesihatan, kebersihan, dan keselamatan penghuni termasuk penyediaan keperluan asas selaras dengan peraturan serta prosedur yang berkuat kuasa,” menurut jabatan berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Orang awam juga disaran untuk sentiasa merujuk saluran rasmi Jabatan Penjara Malaysia bagi mendapatkan sebarang maklumat yang sahih dan tepat berhubung isu berkenaan.
Terdahulu, Lawyers for Liberty mendakwa wujud gangguan bekalan air, keadaan kemudahan kebersihan dan kualiti penyediaan makanan di Penjara Kajang.