PGA Sarawak rampas barangan seludup bernilai RM5.77 juta

Antara barang rampasan yang dirampas oleh PGA Briged Sarawak/Foto PGA Briged Sarawak

KUCHING, 15 Oktober – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan rampasan pelbagai barangan bernilai RM5.77 juta menerusi 26 operasi yang dijalankan sejak 1 Oktober hingga semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • 35 individu ditahan, termasuk 11 warga asing, hasil operasi PGA Briged Sarawak.
  • Kesalahan termasuk penyimpanan dan penjualan rokok serta minuman keras tidak bercukai, penyelewengan diesel, penyeludupan barang kawalan, pengedaran produk sejuk beku tanpa permit.
  • Nilai rampasan terbesar direkodkan menerusi Op Taring Alpha di beberapa daerah seperti Kota Samarahan, Sibu, Kuching, Miri dan lain-lain.
  • Rampasan termasuk lebih 7,500 karton rokok, 30,957.67 liter minuman keras dan beberapa kenderaan, bernilai kira-kira RM4.11 juta.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Lim Bak Phai berkata, kejayaan operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan 35 individu, termasuk 11 warga asing.

“Operasi itu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk penyimpanan dan penjualan rokok serta minuman keras yang disyaki tidak bercukai, penyelewengan minyak diesel, penyeludupan barang kawalan serta penyimpanan dan pengedaran produk sejuk beku tanpa permit sah,” katanya menerusi kenyataan.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Lim Bak Phai

Nilai rampasan terbesar direkodkan menerusi Op Taring Alpha yang dilaksanakan di Kota Samarahan, Padawan, Sibu, Bau, Kuching, Miri, Serian dan Bintangor.

Operasi itu membawa kepada rampasan lebih 7,500 karton pelbagai jenis rokok, selain 30,957.67 liter minuman keras serta beberapa kenderaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.11 juta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.