
KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di Laut Flores pada 10.20 malam ini, dengan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian gempa.
- Pusat gempa pada koordinat 7.2 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur.
- Terletak kira-kira 272 kilometer tenggara Makassar, Indonesia.
- Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 7.2 darjah Selatan dan 120.8 darjah Timur, kira-kira 272 kilometer tenggara dari Makassar, Indonesia.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.