Dua bekas pengurusan kanan FELDA didakwa minggu depan berhubung KLVC

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman/Foto RTM

PUTRAJAYA, 25 September – Dua bekas pengurusan kanan FELDA akan didakwa minggu depan berhubung siasatan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekas Pengurus Besar akan didakwa satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 pada 30 September.
  • Bekas Ketua Pegawai Eksekutif akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 pada 29 September.
  • Pengumuman dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman pada sidang media selepas persidangan di Putrajaya.
  • SPRM memaklumkan kedua-dua individu dicadangkan didakwa berhubung dakwaan penyelewengan projek KLVC.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, seorang bekas Pengurus Besar FELDA dijadual berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 420 pada 30 September ini.

Seorang lagi bekas Ketua Pegawai Eksekutif entiti pelaburan FELDA pula akan berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 417 pada 29 September.

“Bagi bekas Pengurus Besar FELDA, beliau akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan pertuduhan itu akan didaftarkan di mahkamah pada 30 September ini.

“Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pula akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 pada 29 September,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5, di Putrajaya.

Terdahulu, SPRM memaklumkan dua bekas pengurusan kanan FELDA dicadangkan untuk didakwa berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan KLVC.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.