
KAHERAH, 21 Oktober – Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala 34 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang merempuh sebuah lori di Jalan Gurun Barat Kaherah-Assiut, Mesir.
- Bahagian hadapan bas remuk teruk.
- Pasukan penyelamat guna jentera berat alihkan bangkai bas dan bersihkan laluan.
- 28 ambulans dikerahkan ke lokasi untuk membantu mangsa.
- 30 mangsa cedera dibawa ke Hospital Kerajaan Pusat 6 Oktober; hospital berhampiran diletakkan berjaga-jaga dan sumber perubatan tambahan digerakkan.
Kemalangan berhampiran persimpangan jalan lingkar wilayah menghala ke Giza itu menyebabkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk teruk.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat bagi mengalihkan bangkai bas yang remuk dan membersihkan laluan berkenaan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir, Hossam Abdel Ghaffar, berkata sebanyak 28 ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Beliau berkata, 30 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kerajaan Pusat 6 Oktober untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, hospital berhampiran turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, manakala sumber perubatan tambahan digerakkan bagi merawat mangsa.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu. – VIORY